
Kampung ini telah melahirkan beberapa graduan dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, kejuruteraan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran, IT serta beberapa ahli perniagaan dan usahawan yang berjaya.
Selain itu, tokoh-tokoh politik yang berjaya seperti Mantan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Datuk Patinggi Hj Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abg Johari Bin Tun Abg Haji Openg, TYT pertama Sarawak Tun Datuk Abg Haji Openg Bin Abg Sapiee berasal dari Kampung Bandarsah.



Kampung Bandarsah

Tan Sri Datuk Patinggi Hj Adenan Satem
Datuk Amar Abg Johari Bin Tun Abg Hj Openg
Allahyarham Tun Datuk Abg Hj Openg Bin Abg Sapiee
Sejarah Kampung
​
Kampung ini telahpun wujud beratus tahun dahulu dan telah melahirkan beberapa orang alim ulamak dan guru agama. Selain itu, kampung ini merupakan kampung yang pertama mendirikan surau. Surau dijadikan pusat pembelajaran agama dan menjadi pusat tarikan untuk menimba ilmu agama, sebuah madrasah. Justeru itu kampung diberi nama Kpg Bandarsah, selain dekat dengan pusat bandar.


Hj Jili Haron
Hj Kassim Sahmat
Tebingan sungai kampung (berdekatan dengan tapak surau sekarang) dijadikan tempat persingahan pendatang dari luar untuk urusan perniagaan (pertukaran barang). Ramai yang datang dan menetap di kampung ini. Kebanyakan penduduk tinggal di tepi sungei sebelum ada jalan yang sempurna. Pekerjaan mereka dulu ialah seperti menangkap ikan dan menoreh getah. (Maklumat hasil berbicara dengan Hj Kassim Sahmat dan Hj Jili Haron iaitu veteran Kampung bandarsah.).

Satu-satunya Surau Bandarsah dahulu
Penghijrahan Anak Kampung
​
Ramai penduduk kampung telahpun berpindah ke kuasan kediaman lain kerana membeli rumah di projek perumahan rakyat seperti di RPR Fasa 1, RPR Fasa 2, Taman Sukma dan di projek perumahan yang lain.