top of page

Sejarah Nama Kampung 

 

   Peristiwa yang berlaku beberapa dekad yang lalu di tanah perkuburan menjadi lagenda di sebalik nama Kampung Segedup. Penyakit misteri yang melanda kawasan penempatan ini telah mengorbankan banyak nyawa. Ketika itu sejenis penyakit yang boleh membawa maut telah melanda kampung Segedup.Apabila seseorang itu terkena penyakit tersebut, tiada penawar bagi penghidapnya. Melihat keadaan ini, ramai penduduk kampung mengambil keputusan untuk berpindah. Apa yang lebih menggemparkan para penduduk ialah peristiwa yang terjadi di sebuah tanah perkuburan tempat mangsa serangan penyakit misteri dikebumikan. Pada waktu larut malam, kebanyakan penduduk mendakwa telah mendengar bunyi- bunyian aneh seperti "dup ... dup ... dup" seakan-akan bunyi seseorang sedang mengali kubur di kawasan sudut tanah perkuburan kampung itu. Lazimnya bunyi tersebut akan kedengaran apabila ada orang yang meninggal dunia. Namun ada juga waktunya bunyi-bunyian itu menandakan bahawa tempat tersebut akan menerima tetamu baru. Lama-kelamaan, para penduduk menjadi lali dan tidak lagi mengambil peduli dengan bunyi-bunyian aneh tersebut. Segelintir penduduk mula memanggil kawasan tanah perkuburan tersubut dengan nama “Segedup”, maka dari situlah kampung ini diberi nama Kampung Segedup.

​

Sejarah Kampung

     Kampung Segedup terletak di hulu Sungai Sarawak iaitu kira-kira 13 km dari pusat bandaraya Kuching dan telah dibuka oleh 10 buah keluarga sekitar tahun 1942 selepas perang dunia ke 2. Penempatan asal adalah di tepi sungai dan pekerjaan penduduk pada masa itu ialah menanam padi. Apabila mendapati tanah di situ suburm hasil sawah meningkat maka ramai keluarga mula berpindah ke kawasan tersebut. Sekitar tahun 1963, perubahan besar telah berlaku di mana banjir besar telah melanda Kuching dan akibatnya banyak rumah dan harta benda telah musnah. Ekoran daripada peristiwa tersebut, penduduk kampung telah berpindah ke tapak baru kira-kira 200 meter lebih tinggu dari tapak asal seperti kawasan yang sedia ada pada masa kini. Sekitar tahun 1970-an aktiviti bersawah padi telah diberhentikan kerana kebanyakan penduduk mendapat pekerjaan tetap di kawasan bandar.

​

​

Kampung Segedup

bottom of page