top of page

Kampung No.5 & No.6 (Patingan)

Sejarah Nama Kampung   

​

   Hasil coretan daripada seorang penduduk yang lama menetap di sini, menceritakan, dahulunya ada sebuah rumah terletak di hujung kampung. Nama penghuni tersebut adalah Tingan. Lebih mesra dikenali sebagai Pak Tingan. Beliau sering dan suka berjalan dari rumahnya ke hujung kampung sebelah. Ini menjadikan kawasan yang berada disepanjang sungai ini dinamakan bersempena nama beliau iaitu PAK TINGAN @ PATINGAN.

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejarah Kampung

​

   “Darul Maziah” adalah sebuah rumah warisan di Kampung No.6, Jalan Datuk Ajibah Abol (Datu’s Road/Jalan Datu) ini mempunyai sejarah orang Melayu bukan sahaja di Kuching tetapi di seluruh Sarawak. Sejarah Datu’s Road diberi nama kerana kebanyakan golongan datu-datu tinggal di kawasan tersebut.

​

   Setelah peperangan Dunia ke-2, kerajaan Raja Brooke tekad untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British dan mengakhiri pemerintahan Brooke yang telah menjangkau lebih daripada 100 tahun.

​

   Seiring dengan tindakan Brooke tersebut, orang-orang Melayu di Kuching khususnya membantah dan kira-kira 338 orang kakitangan kerajaan waktu itu telah meletak jawatan.

​

   Dianggotai rakyat biasa, mereka telah mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di halaman “Darul Maziah” serta mendirikan TUGU pada 1hb Julai 1948 sebagai tanda BANTAHAN . Kini, tugu ini masih teguh berdiri dihalaman rumah “Darul Maziah”.

​

   Peristiwa pembentukan parti politik dan lain-lain juga telah diadakan di rumah warisan ini. Sebagai contoh, pembentukan Parti Negera Sarawak (PANAS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PMS) turut diadakan di sini.

​

   Semasa era pemerintahan  Kerajaan Brooke, “Darul Maziah” adalah satu-satunya tempat untuk keluarga Brooke berkunjung. Ini kerana Datu Bentara Abang Haji Hashim adalah seorang Mentari Kanan serta berportfolio sebagai menteri peperangan  semasa pemerintahan Brooke.

​

   Kini, rumah warisan Darul Maziah menjadi tempat tarikan pelancong kerana terkenal sebagai simbolik sejarah Sarawak. Rumah ini telah dimiliki secara turun-temurun di mana telah diserahkan kepada generasi ke-6 iaitu Tuan Abang Haji Saharie Bin Abang Jaya. Anak beliau adalah generasi ke-7 serta cucu-cucunya adalah generasi ke-8.

​

Rumah Darul Maziah

bottom of page