top of page

Kata-kata Aluan Pemanca Melayu Daerah Kuching

      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

​

     Atas dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak UNIMAS bersama-sama dengan ketua masyarakat bahagian N.8 Satok, saya mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Nadianatra Binti Musa, mewakili pihak UNIMAS dan para mahasiswa yang telah terlibat dalam perlaksanaan projek ‘service learning’ di kawasan N.8 Satok.

 

      Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memilih N.8 Satok sebagai kawasan para pelajar untuk mengaplikasikan sesi pembelajaran mereka untuk mewujudkan laman portal informasi ini. Tanpa usaha dan kerjasama dari kedua-dua pihak, tidak akan wujud portal informasi ini.

 

      Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  kepada Dr. Nadianatra dan para mahasiswa kerana telah menjayakan projek ‘service learning’. Ucapan penghargaan juga kepada para ketua masyarakat yang telah bertungkus-lumus memberi kerjasama yang terbaik kepada pihak UNIMAS.

 

 Sekian, terima kasih.

​

​

Tuan Haji Rosli Bin Sahari

​

Pemanca Melayu Daerah Kuching

bottom of page