top of page

Sejarah Nama Kampung

 

   Kampung ini dinamakan sempena nama Pengiran Muda Hashim, bapa saudara kepada Sultan  Brunei Omar Ali Saifudin II. Beliau menjadi wakil Sultan Brunei di Kuching pada kurun ke sembilan belas(1800).

Kampung Muda Hashim

Pengiran Muda Hashim

   Sekitar 1835, Sultan menghantar Pengiran Muda Hashim ke Sarawak untuk memulihkan ketenteraman. Sarawak ialah wilayah yang ditadbir oleh Brunei di awal abad ke-19. Pada masa itu, berlaku pemberontakan terhadap Pengiran Indera Mahkota. Pengiran Indera Mahkota  memaksa penduduk tempatan untuk bekerja di lombong antimoni di Sarawak. Oleh itu berlaku kebangkitan penduduk.  

bottom of page