
Pencapaian Kampung Muda Hashim
Antara pencapaian penduduk Kampung Muda Hashim ialah pelantikan Tan Sri Dato' Sri Ahmad Urai Abang Muhideen sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Tan Sri Dato' Sri Ahmad Urai Abang Muhideen (Ahmad Urai bin Datu Hakim Abang Haji Mohideen) P.M.N., P.N.B.S., D.S.N.B. (Brunei), J.S.M., pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Negara dari 12 Julai 1988 - 09 Julai 1990. Beliau menggantikan Tan Sri Benedict Stephens yang tamat tempoh pada 11 April 1988. Sebelum itu, Ahmad Urai pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker sejak Ogos 1985 dan disambung tugas pada Julai 1987.
Beliau berasal dari negeri Sarawak pernah dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di Sarawak sejak November 1, 1976 dan sebagai Menteri Pertanian dan Masyarakat sejak 26 Mac 1981 sehingga 11 Oktober 1984. Tan Sri Ahmad Urai dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dan berkhidmat sebagai Senator di Dewan Rakyat/ Parlimen, Kuala Lumpur sejak November 13, 1984.
​
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Urai_Abang_Muhideen
