
Sejarah Kampung
​
Kampung No. 3 yang terletak di timur Jalan Dato (sekarang dikenali sebagai Jalan Datuk Ajibah Abol) bersempena mengingati jasa seorang wanita pertama yang bergiat mengaktifkan diri dalam kebajikan sosial dan politik masa dahulu. Manakala Jalan tengah diberi nama Jalan Haji Bolhassan bersempena memperingati seorang tokoh Ulama Islam waktu pemerintahan Raja Muda Hashim. Di samping itu, jalan lurus yang menghala ke arah Barat ialah Jalan Paduka Sitom dan nama tersebut diberi bersempena memperingati jasa tokoh seorang wanita yang juga bergiat aktif dengan Persatuan Wanita dan berusaha teguh menyatupadukan pergerakan wanita di sekitar Bandar Kuching. Manakala sempadan dengan Kampung No. 3 di sebelah barat ialah Jalan Patingan.
Tan Sri Haji Bujang bin Haji Mohd. Nor dan Datu Sri Haji Ahmad Tarmizi adalah antara tokoh dan pemimpin yang dinamik dalam memajukan Kampung No. 3. Terdapat beberapa buah kampung di sepanjang Jalan Datuk Ajibah Abol yang bermula daripada Kampung Masjid, Kampung Segoleng, Kampung Bintangor, Kampung No. 2 (Kpg Bandarsah), KampungNo. 3, Kampung No.4, Kampung No.5 dan Kampung No. 6 yang terus menghala ke JalanMuhibbah yang dulu dikenali dengan nama Jalan Green.
Jalan Datuk Ajibah Abol pula dikenali sebagai Jalan Datu. Kedua-dua Jalan Datuk Ajibah Abol dan Jalan Muhibbah menghubungi Kampung No.3. Petanda bagi nama Kampung No.3 boleh dilihat dengan jelas yang terletak di antara dua kampung iaitu Kampung No. 2 (Bandarsah) dan Kampung No. 4, namun sempadannya agak luas sehingga merentasi melalui Jalan Datuk Paduka Sitom mengahala terus ke Jalan Patingan.
Latar Belakang Datuk Paduka Sitom
Nama sebenar : Datuk Paduka Hajah Jorkinah binti Hashim
Nama timangan : Mak Sitom
Asal : Daripada Kampung Sungai Lajim(Kampung No.5)
Nama Suami : Berdah bin Gani
Bilangan Anak : 4 orang anak
(seorang lelaki dan tiga orang perempuan)
Minat : Beliau bergiat dalam kerja amal di sekitar kawasan Tupong/Satok, Kawasan N.6 yang
sekarang menjadi N.8 Satok. Beliau juga bergiat
aktif dalam Persatuan Wanita dan telah diberi kepercayaan untuk mengambil tugas sebagai
Ketua Wanita daripada Hajah Khadijah binti
Sulaiman yang merupakan isteri kepada pemanca
pemanca Haji Hasbi bin Bakar.
Jasa : Beliau pernah menjadi sebagai Pengasas Wanita Parti Negara. Beliau pernah terlibat dalam
penyatuan Parti Negara dengan Parti Berjasa,
Kawasan Tupong/Satok.

Kampung No.3 dan No.4
