
Kampung Sungai Maong

Asal Usul dan Sejarah Kampung
​
Kampung Sungai Maong terletak 5 km dari pusat Bandaraya Kuching. Dibawah pengurusan Majlis Perbandaran Padawan, bertebingkan Sungai Sarawak, dan bermukimkan mukim Padawan.
​
Pada tahun 1920-an, Kampung Sungai Maong adalah hutan belantara yang diterokai oleh seorang pengembara yang bernama Tuah. Didalam hutan tersebut terdapat sebatang pokok yang paling besar. Ketika membersihkan hutan yang akan dijadikan kampung itu, Tuah mula menebang pokak besar tersebut. Namun pokok tersebut tidak dapat ditebang dan mengeluarkan bunyi yang aneh dengan gema yang kuat berbunyi “Maong! Maonnng! Maonnnggg!”. Sejak dari itu Tuah menamakan dirinya dengan nama Tuah Maong.
​
Beliau kemudian mula mendiami kawasan tersebut dan menanam pokok buah-buahan seperti cempedak, belimbing dan lain-lain. Sebelum beliau meninggal dunia, belia meminta supaya anak cucunya menguburkan beliau ditepi pokok besar tersebut.
​
Kemudian, generasi kedua datang meneroka kawasan tersebut yang diketuai oleh Sahad. Ahim, anak sulung Sahad telah sampai di kawasan diman bersemadinya Tuah Maong. Dia berserta rakan-rakannya membakar kawasan tersebut yang telah kembali menjadi hutan kecil untuk dijadikan kawasan pertanian. Ketika api sedang marak membakar kawasan tersebut, terdapat satu kawasan yang tidak dijamah oleh api. Itulah tempat pokok besar yang mengeluarkan bunyi aneh tempat dimana terletaknya kubur Tuah Maong. Ahim memanggil sahabat-sahabatnya dengan membawa senjata ke kawasan terbabit sebagai persedian kerana mereka merasakan kawasan berkenaan dihuni oleh ular besar. Namun mereka kemudian mendapati tiada apa-apa ya berbahaya kecuali kubur bersemadinya Maong Tuah.
​
Maka kampung ini di ambil nama bersempena nama Maong Tuah dan diubah menjadi Kampung Sungai Maong kerana terdapat sungai yang mengelilingi kampung dan kawasan kubur bersemadinya Tok Maong Tuah telah dijadikan tanahperkuburan Islam Kampung Sungai Maong sehingga sekarang.

Tempat persemadian Pak Tuah
Sejarah awal penduduk dan kemudahan terawal
​
Kampung Sungai Maong dahulunya hanya didiami oleh 3 buah keluarga sahaja dan bertambah bilangan menjadi 8 dengan 8 buah rumah. Rumah-rumah diperbuat daripada batang nipoh, batang somah, berdinding dan beratapkan daun nipah. Ekonomi awal penduduk adalah menoreh getah, bertani dan nelayan. Pengangkutan awal pada ketika itu adalah perahu dan kemudahan yang ada adalah berupa jambatan kayu belian dan jalan tanah sahaja.
​
Kemudahan: Tabika Kemas, Sekolah Kebangsaan Combined (2km dari Kampung Sungai Maong), Sekolah Menengah Green Road (5km dari Kampung Sungai Maong), Surau Darul Istiqlaal, Perpustakaan Desa Kampung Sungai Maong, Sekolah Menengah Sungai Maong Hilir (1km), Sekolah Rendah Sungai Maong Hilir
​
Kemudahan lain-lain: Internet tanpa wayar (2015-kini)