
Nama Kampung
Kampung Bintangor
​
Nama Usahawan
Pn. Isah Ojeh
​
No. Telefon
013-5691820
​
Alamat
21, Lorong Bintangor Satu, Kuching, Sarawak
​
Jenis Produk
Kuih Tradisional Sangkaruk
Cara Tempahan
Pelanggan boleh membuat tempahan melalui telefon. Tempahan boleh dibuat sehingga malam sebelum Hari Raya.
​
Ciri-Ciri
Sangkaruk ini mempunyai rasa yang unik dan enak. Namun demikian, ia hanya mampu bertahan selama dua hingga tiga hari dan kira-kira seminggu sekiranya disimpan di dalam peti sejuk. Kuih ini enak dimakan dalam tempoh dua hingga tiga hari. Salah satu bahan asas kuih tradisional ini ialah santan. Oleh itu, ia tidak dapat bertahan terlalu lama dan semakin lama keenakannya juga beransur hilang.
​
Keistimewaan
Sengkaruk ini menggunakan gula apong yang berkualiti. Kualiti gula apong yang digunakan dapat mempengaruhi rasa dan warna sangkaruk. Gula apong yang berkualiti menghasilkan sengkaruk yang berwarna coklat kehitaman, manakala gula apong yang tidak berkualiti menghasilkan sengkaruk yang berwarna kekuningan. Sengkaruk sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa mahupun pada Hari Raya bersama keluarga dan para tetamu yang berkunjung.
Sejarah
Sangkaruk telah wujud sejak zaman James Brooke lagi dan pada masa itu ramai wanita di Kuching ini pandai membuatnya.
Harga
RM20 sebungkus
RM50-RM60 seacuan

